Hadiah dari kerajaan BN kpd rakyat yang sedak berhari merdeka ini ialah
.. menaikkan harga minyak dan gula. Syukurlah dengan tindakan ini.
Rakyat Malaysia tidak boleh
'marah' kerana .. mereka pun dah merestui BN pada Mei 2013 yang lalu
untuk terus memerintah. Ramai Guru, Polis dan askar merestui kerajaan
ini. Kalau lawan, ingat budak Mongolia itu? Semasa BN memberi bonus dan kenaikan gaji .. ramai staf kerajaan kelihatan gembira jer. SEnyum lebar berjalan ke bank untuk terus berbelanja.
Oleh sebab hutang negara sudah mencecah RM500 bilion .. maka langkah
terbaik ialah mengurangkan subsidi bahan bakar dan gula yg telah
ditanggung oleh BN selama ini. nok cari mana lagi pitih adik wehhh .. wak gitu gini, mu kator ..asyik reti
berhutang jahh .. dalem doh lubuk hutang kitor .. so the best avenue
is to squeeze a bit more from adik kakkok punya poket.. dosakah aku? Ini adalah langkah paling senang ..tak payah nak jual apa apa produk terbaru hasil ciptaan dan inovasi mana mana rakyat Malaysia pun ..
Bila harga minyak naik, semua benda akan naik kecuali orang orang tua yg uzur tak mampu nak naik tangga menuju ke bilik doktor pakarnya di hospital hospital kerajaan di seluruh negara. Kasihan mereka!
2) Mengikut ajaran agama yg suci murni, kita kena banyakkan bersabar.
Jangan disebabkan nyamuk , kelambu kita pakai selama ini iba-tiba kita
bakar tanpa perancangan yang rapi.
Bila harga naik, kerajaan dapat sedikit wang. Dengan wang inilah
kerajaan akan menghantarkan wang biasiswa kepada pelajar-pelajarnya ..
di luar negara. Hari itu , sibuk kerajaan hantar anak anak melayu ke
Mesir, Syria untuk belajar kursus kursus kritikal seperti kedoktoran,
pergigian dan .. macam macam lagi. Disebabkan peperangan dan rusuhan ,
sekarang kerajaan berebut rebut nak bawak pelajar pelajar ini pulang ke
negara kita .. Dulu sibuk hantar keluar negara .sekarang sibuk nak
bawak pulang pelajar pelajar yg sama ke pangkuan keluarga mereka
masing-masing. Untuk maksud hantar menghantar ini, jalan paling pintas
ialah menaikkan harga minyak. Bila ada duit, BN boleh taja pelajar ke
luar negara dan jika keperluan mendesak, mereka boleh bawak pelajar ini
pulang serta merta. Benda ini boleh dibuat bila BN ada duit.
Bagaiamana? Menaikkan harga minyak dan gula. Senang jer ..tak payah
susah susah belajar tinggi tingggi mencakar langit pun. Asalkan
kekuasaan pemerintahan itu ada di tangan mereka, banyak benda boleh
dibuat tanpa memerlukan perancangan apa apa. Lagipun, sekuat kuat
penduduk Malaysia memberontak sesuatu isu .. mereka memberontak tidak
mencapai tahap bagaiamana pak arab Iran. Iraq dan Mesir memberontak.
Mereka tak berani mati. Kalau mereka berani mati beramai ramai ,
mungkin .. kenaikkan harga minyak dan gula ini tidak akan menjadi satu
realiti/ NOKTAH!
Betul tak?
3) Orang orang kita beani cakap, berani melawan ..tetapi bila dicabar
..kau berani mati .. saya rasa ..tak ramai mahu melakukan langkah
terakhir .. menggorbankan diri sendiri kerana memperjaungkan sesuatu
isu .. lawan tindakan kerajaan menaikan harga minyak dan gula. Berani
engkau?
Cuba tengok DSAI. Macam macam yang ditempuhi olehnya. Biarkanlah itu
menjadi pengajaran kepada anak anak cucu kita .. memang nak melawan
arus pemerinthan .. sakit badan wahai abang. Tengok ada orang matanya
hampir hampir terbuang.
Tengok nasib Hang Jebat .. dia melawan Sultan Melaka .. nasiibnya jadi
apa? Yes .. dia dibunuh oleh Hang Tuah dan .. cerita nya ... jadi
bahan sejarah. Itu sahaja. Sakit badan kita kalau nak lawan kerajaan.
Rakyat Mesir ramai yg mati ..kerana mereka melawan kerajaan mereka
bertentera. Ramai jadi janda, duda dan yatim piatu sekelip mata. Kalau
tidak melawan, saya rasa ..ramai lagi mereka mempunyai orang orang
tersayang mereka .. untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri selama sebulan
di Johor ini . Maaf Zahir dan Bathiin lagi dan lagi.
4) Sebagai pelajar luar negara . tidak payah susah hati dengan kenaikan
barang di sini. Benda yang paling kau mesti risaukan banyak banyak
ialah.. bila mahu habis pengajian mu ini?
Cepat cepatlah tamatkan pengajian degree, masters dan Ph.D itu. Bila
dah habis , kita akan cepat cepat masuk arus perdana / stream // kesan
ekonomi .. yang mana harga minyak dan gula sudah dinaikkan ..
Apa patut kita buat?
4.1 kurangkan perjalanan jauh jauh menggunakan kereta berkuasa minyak yg tinggi.
4.2 kurangkan makan minum kat kedai mamak atau kat kat luar seluruh negeri
4.3 banyakkkan masak dan makan minum dalam rumah sendiri. Kalau dulu
kita makan 5 lauk, waktu malam sekarang kena belajar makan 3 lauk
sahaja. Kalau dulu si bapa makan banyak dengan 2 kali tambah , sekarang
si bapa tidak dibenarkan ... menambah nasi dan lauk lauknya. Dulu
suka minum Nescafe Susu pekat cap junjung 3 sudu besar sekali minum ..
cuba sekarang minum Nescafe tanpa susu pekat manisnya. Itulah mesej
BN. Insyallah kita akan keluar jadi warga terbaik punya. panjang umur
abang. amalkan gaya hidup sihat. Duit simpanan bank pun akan naik tinggi. He..he..
---
Kita tak boleh meradang tak tentu pasal.
Lagipun .. BN ialah nama singkatan Barang Naik. Semua BN .. semua barang naik. Apa yang menggerikannya?
Itu lumrah alam ... bila gaji guru sekolah rendahpun dah naik, gaji
jururawat desa pun dah naik .. gaji drebar bas express pun nak naik ..
gaji pekerja luar negara yg datang ke sini pun nak naik ..sudah
tentulah .. barang barang lain pun naik jugalah kerana .. BN mahu benar
menjadikan Malaysia se buah negara ..
berpendapatan tinggi, .. semua mesti tinggilah ..Institut Pengajian
Tinggi, Sekolah Berprestasi Tinggi , Hidung Tinggi, Tudung pompuan pun
try buat tinggi sikit lah, tumit kasut tinggi, .. maka tak lengkap
istilah tinggi ini tidak dimasukkan item - harga ikan kembung satu hari
nanti cukuplah tinggi - RM30 se kilogram. Ambik kau?
Mengikut ayat Al Quraan .. kesabaran itu satu dari sifat keimanan. So amalkanlah.. pelan pelan.
Kalau tak leh terima .. mu kena terima jugak ..kerana .. tompok
kekuasaan tertinggi negara bukan berada dalam genggaman tuan .. itu
semua di bawah kuasa pemerintahan DS Hj Mohd Najib Tun Razak punya.
So jangan menangis. Kasi duit poket , sekolah anak anak itu ..banyak banyak sedikit.
INtai intailah kalau kalau ada
jiran nak jual kereta kancil dan kelisa. Bawak kereta jenis ini ke
pejabat ..setiap masa dan ketika tetapi .... bila pergi kenduri saudara
paling hampir dgn kita, bawaklah kenderaan steady sikit. Baru ada
jalan/ class .. Where got no road mannn? <ketawa>
5) Bila barang naik .. degupan jantung atuk dan nenek pun tiba tiba
naik punya. Mungkin selepas hari ini bila kos perubatan di klinik
klinik swasta sudah dinaikkan sesedap rasa.. ramai kalangan warga tua
akan mati mengejut. Tak apa. What to do?
Bila rama mati .. senang sikit hati penggali penggali kubur kat kampung
kita itu. Banyak upah boleh dicari se tiap hari. Pokok pangkalnya ..
ada lagi kawasan tanah nak digali untuk dipanggil tanah kubur, lubang
kubur mak ayah pegawai pegawai bergaji tinggi, berprestasi tinggi,
blood pressure tinggi, kolesterol tinggi, buah fikiran tinggi , risau
rungsing pun tinggi .. dan menghuni di pangsa pangsa rumah yg tinggi
tinggi. Contoh di Putrajaya kita ini. Sabarlah .. anak anak cucu cucu
ku sekalian.
Barang semua dah naik. suhu kepanasan pun naik. Semua naik cucu cucu
ku. Bawak bertenang. Bil letrik naik .. harga kipas musing-musing 24/7
pun naik dan .. macam macam sudah naik. Bagus BN Barang Naik kita ni.
P/s: maaf dipinta. Aku sekadar menulis sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan