Model baru PERODUA guna enjin aluminium
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata penggantian yang akan dibuat secara berperingkat itu menunjukkan komitmen PERODUA dalam mengeluarkan kereta lebih berkualiti pada harga mampu milik.
Beliau berkata, model baru menggunakan enjin aluminium itu akan dihasilkan di kilang baru PERODUA bernilai RM790 juta yang akan beroperasi pada pertengahan tahun depan.
“Penggantian enjin ini membuktikan PERODUA semakin komited mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran kereta kompak yang amat kompetitif ketika ini, susulan pengenalan pelbagai model baru dalam segmen sama oleh pengeluar asing di Malaysia,” katanya selepas penyerahan hadiah peraduan PERODUA ‘Revive Your Drive’ di sini, semalam.
Dipasang di kilang baru
Pengeluaran model dengan enjin aluminium di kilang baru yang akan dikenali sebagai PERODUA Global Manufacturing Sdn Bhd itu, bertepatan kerana ia dilengkapi kemudahan teknologi paling canggih, sekali gus membantu melonjakkan kualiti, kecekapan, produktiviti dan pengurusan kos PERODUA menyamai standard pengeluaran kenderaan pada peringkat global.
Kilang yang dibina bersebelahan kemudahan sedia ada di Rawang, Selangor itu bakal memiliki keupayaan pengeluaran sehingga 100,000 unit kenderaan setahun bagi satu syif bekerja, selain membantu syarikat berkenaan mencapai sasaran mengeksport 20,000 unit kenderaan setahun menjelang 2015.
Aminar Rashid berkata, penggunaan enjin aluminium yang lebih ringan berbanding keluli itu akan meningkatkan prestasi kenderaan selain dapat menjimatkan bahan api.
Katanya, keupayaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang digunakan pada semua model keluarannya masih boleh diperbaiki bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan bahan api serta prestasi.
“Penggunaan enjin aluminium itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan usaha syarikat menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat dan menjadi dasar PERODUA untuk mengurangkan kos operasi sehingga 30 peratus,” katanya.
PERODUA katanya, akan terus menumpukan kepada pembangunan kereta kompak sebagai perniagaan teras dan belum bercadang mengeluarkan model hibrid dan elektrik.
“Kami belum bersedia membangunkan kenderaan hibrid atau elektrik kerana ia membabitkan pelaburan besar dari segi pengeluaran dan infrastruktur,” jelasnya.
Jualan 130,000 unit
Mengenai jualan, Aminar Rashid berkata, PERODUA merekodkan jualan keseluruhan kira-kira 130,000 unit dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, meningkat 3.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Katanya, bersandarkan jumlah itu, syarikat terbabit berada pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran jualan 194,000 unit menjelang akhir tahun.
“Myvi kekal menjadi penyumbang utama kepada jualan PERODUA apabila ia dijual antara 8,000 hingga 9,000 unit sebulan,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, PERODUA akan melancarkan perkhidmatan servis bergerak tidak lama lagi bagi meningkatkan akses kepada pelanggannya.
Tingkat khidmat
“Ia bertujuan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan servis kenderaan yang dikendalikan PERODUA di kalangan pelanggan kami,” katanya.
Sementara itu, PERODUA memperuntukkan RM240,000 untuk peraduan ‘Revive Your Drive’ bersempena ulang tahun ke-20 syarikat itu dengan 24 daripada 15,000 penyertaan dipilih sebagai pemenang bagi peraduan yang dilancarkan April lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan