Nuffnang

Rabu, 19 Oktober 2016

Dunia bercakap isu DOJ, Speaker pula larang MP


Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melarang soalan berhubung saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU itu yang ditemui media di lobi Parlimen berkata, orang ramai diluar sana bercakap mengenainya setiap hari.

"Bagaimana mungkin ahli-ahli parlimen tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara ini?" soal Muhyiddin.

Menurut Pandikar, soalan berkenaan tidak boleh diajukan kerana ia adalah subjudis, tetapi Muhyiddin tidak sepenuhnya yakin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan