Nuffnang

Selasa, 25 Oktober 2016

Ribuan Pekerja Proton dan MAS diselamatkan Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad-Shafie Apdal


Image result for shafie apdal




Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyanggah pihak yang mengkritik tindakan kerajaan menyelamatkan Proton Holding Bhd (Proton) dan syarikat Malaysia Airlines (MAS) pada era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Shafie yang kini menjadi presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberitahu ia tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan kini menyelamatkan 1MDB.
Katanya Proton dan MAS menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
"Sedarkah kita, begitu banyak kereta Proton di atas jalan raya, ada 30,000 anak bangsa kita menjadi vendor dia.
"MAS sampai sekarang masih boleh terbang (beroperasi) walaupun rugi. Berapa banyak anak bangsa kita bekerja di bawah MAS?" katanya.
Bagaimanapun kata bekas menteri itu, keadaan sama tidak dapat dilihat pada syarikat 1MDB.
"Yang saya nampak (di 1MDB) hanya Arul Kanda saja yang bekerja," katanya merujuk kepada presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Mohd Shafie ditemui di parlimen hari ini.

Beri kesan kepada negara
Mohd Shafie berkhidmat sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah apabila disingkirkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak kesan daripada perselisihan pendapat mereka berhubung isu 1MDB.
Selain Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie - serta bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir - menjadi antara pengkritik utama Najib.
Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno manakala Mohd Shafie digantung keahliannya pada Jun lalu.
Muhyiddin, Dr Mahathir dan Mukhriz bergabung menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala Mohd Shafie mengetuai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Ketika membangkitkan isu 1MDB Mohd Shafie mempertikaikan pulangan yang diperolehi negara daripada pelaburan kerajaan ke atas firma berkenaan.

"Apa pulangan pelaburan yang kita dapat daripadanya. Ini yang kita nak tanya.
"Amalan ini perlu dipersoalkan kerana ia memberi kesan kepada perolehan negara," katanya.

Kredit Malaysiakini

Rabu, 19 Oktober 2016

Dunia bercakap isu DOJ, Speaker pula larang MP


Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melarang soalan berhubung saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU itu yang ditemui media di lobi Parlimen berkata, orang ramai diluar sana bercakap mengenainya setiap hari.

"Bagaimana mungkin ahli-ahli parlimen tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara ini?" soal Muhyiddin.

Menurut Pandikar, soalan berkenaan tidak boleh diajukan kerana ia adalah subjudis, tetapi Muhyiddin tidak sepenuhnya yakin.


Selasa, 18 Oktober 2016

Harga Proton Saga Baru 2016 Spesifikasi Dan Gambar

Proton Saga 2016 Baru : Harga, Spesifikasi Dan Gambar. Tahun 2016 merupakan tahun yang paling aktif bagi pembuat kereta nasional, Proton. Terbaru, Proton Saga 2016 baru akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2016. Sebelum ini Perdana dan Persona baru telah dilancarkan. Generasi ketiga Proton Saga kali ini dijangka mampu memberikan saingan keatas kereta setaraf iaitu Perodua Bezza. Berikut dikongsikan harga Saga 2016 beserta spesifikasi dan gambar model terbaru Proton ini.

Image result for proton saga 2016Image result for proton saga 2016

Proton Saga 2016 Harga, Spesifikasi Dan Gambar Umum sedia maklum yang Proton Saga 2016 merupakan sebuah kereta sedan yang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana harga mampu milik. Berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan Proton Saga 2016 baru seperti spesifikasi, harga dan gambar.

A. Harga Proton Saga 2016

Menurut sumber yang dipetik dari Paultan, harga Proton Saga 2016 baru ini akan berada dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000. Tempahan boleh dibuat bermula Sabtu, 24 September 2016. 

Berikut adalah Harga rasmi Proton Saga baru 2016 seperti berikut:-

  • Manual 1.3L 5MT Standard : RM36,800
  • Automatik 1.3L CVT2+ Standard : RM39,800
  • Automatik 1.3L CVT2+ Executive : RM42,800
  • Automatik 1.3L CVT2+ Premium : RM45,800

B. Spesifikasi Saga Baru

Saga baru 2016 yang pasti menarik ini bakal ditawarkan dalam empat varian iaitu :-
  • Standard (Manual) : 1.3L 5MT Standard
  • Standard (Automatik) : 1.3L CVT2+ Standard
  • Executive (Automatik) : 1.3L CVT2+ Executive
  • Premium (Automatik) : 1.3L CVT2+ Premium

Enjin

Kesemua varian Proton Saga 2016 akan menggunakan enjin yang sama seperti model Iriz iaitu 1.3 liter VVT. Ianya bakal menggantikan enjin lama di Saga terdahulu iaitu IAFM+). Berikut diantara spesifikasi menarik yang terdapat pada Saga 2016 baru :-
  1. Horsepower : 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm
  2. Transmisi : Manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian)
  3. Saga baru lebih laju dan lebih jimat minyak berbanding model terdahulu walaupun mempunyai kuasa hp yang sama
  4. Jarak roda 2,465 mm yang sama dengan model terdahulu tetapi Saga varu 2016 lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm).
  5. Stereng hidraulik yang lebih pantas

Specs Standard
    • Rim besi 13 inci (dengan penutup plastik)
    • Lampu kabus belakang
    • Sensor pengesan jarak hadapan dan belakang
    • Dua beg udara (Airbag)
    • 1 unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth)
    • Tempat mengecas USB
    • Tapak cangkuk Isofix
    • Lampu hadapan halogen Reflector
    • Tempat duduk belakang boleh lipat
    • Gril hadapan krom
    • Ruang but (simpanan belakang) 420 liter (tujuh liter lebih daripada sebelumnya)
    • Tahap keselamatan perlanggaran ASEAN NCAP empat bintangSpecs Standard
Image result for proton saga 2016


Harga Proton Saga Baru 2016 Spesifikasi Dan Gambar

Proton Saga 2016 Baru : Harga, Spesifikasi Dan Gambar. Tahun 2016 merupakan tahun yang paling aktif bagi pembuat kereta nasional, Proton. Terbaru, Proton Saga 2016 baru akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2016. Sebelum ini Perdana dan Persona baru telah dilancarkan. Generasi ketiga Proton Saga kali ini dijangka mampu memberikan saingan keatas kereta setaraf iaitu Perodua Bezza. Berikut dikongsikan harga Saga 2016 beserta spesifikasi dan gambar model terbaru Proton ini.
proton saga baru 2016

Proton Saga 2016 Harga, Spesifikasi Dan Gambar 

Umum sedia maklum yang Proton Saga 2016 merupakan sebuah kereta sedan yang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana harga mampu milik. Berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan Proton Saga 2016 baru seperti spesifikasi, harga dan gambar.

A. Harga Proton Saga 2016

Menurut sumber yang dipetik dari Paultan, harga Proton Saga 2016 baru ini akan berada dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000. Tempahan boleh dibuat bermula Sabtu, 24 September 2016. 

Berikut adalah Harga rasmi Proton Saga baru 2016 seperti berikut:-
  • Manual 1.3L 5MT Standard : RM36,800
  • Automatik 1.3L CVT2+ Standard : RM39,800
  • Automatik 1.3L CVT2+ Executive : RM42,800
  • Automatik 1.3L CVT2+ Premium : RM45,800

B. Spesifikasi Saga Baru

Saga baru 2016 yang pasti menarik ini bakal ditawarkan dalam empat varian iaitu :-
  • Standard (Manual) : 1.3L 5MT Standard
  • Standard (Automatik) : 1.3L CVT2+ Standard
  • Executive (Automatik) : 1.3L CVT2+ Executive
  • Premium (Automatik) : 1.3L CVT2+ Premium

Enjin

Kesemua varian Proton Saga 2016 akan menggunakan enjin yang sama seperti model Iriz iaitu 1.3 liter VVT. Ianya bakal menggantikan enjin lama di Saga terdahulu iaitu IAFM+). Berikut diantara spesifikasi menarik yang terdapat pada Saga 2016 baru :-
  1. Horsepower : 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm
  2. Transmisi : Manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian)
  3. Saga baru lebih laju dan lebih jimat minyak berbanding model terdahulu walaupun mempunyai kuasa hp yang sama
  4. Jarak roda 2,465 mm yang sama dengan model terdahulu tetapi Saga varu 2016 lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm).
  5. Stereng hidraulik yang lebih pantas
enjin proton saga 2016

Specs Standard

  • Rim besi 13 inci (dengan penutup plastik)
  • Lampu kabus belakang
  • Sensor pengesan jarak hadapan dan belakang
  • Dua beg udara (Airbag)
  • 1 unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth)
  • Tempat mengecas USB
  • Tapak cangkuk Isofix
  • Lampu hadapan halogen Reflector
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Gril hadapan krom
  • Ruang but (simpanan belakang) 420 liter (tujuh liter lebih daripada sebelumnya)
  • Tahap keselamatan perlanggaran ASEAN NCAP empat bintang

gambar proton saga baru

Specs Varian Executive 

  • Pilihan transmisi CVT
  • Unit audio Double-Din
  • Cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik)
  • Pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan
  • Tiang B-pillar dicat hitam
  • Lampu kabus hadapan
  • Spolier pada but belakang
  • Rim aloi 14 inci
  • Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak mesh
Image result for proton saga 2016

Specs Varian Premium
  • Ciri Electronic Stability Control (ESC) dengan Hill-hold Assist
  • Rim aloi 15 inci
  • Kamera undur dengan paparan akan keluar pada cermin pandang belakang (terdapat pada model high specs Exora)
  • Unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
  • Kemasan kelabu pada tombol gear
Pilihan Warna
Pembeli akan mempunyai enam warna pilihan yang ditawarkan iaitu seperti berikut :-
  • Hitam
  • Merah
  • Putih
  • Kelabu
  • Biru
  • Silver (perak)

Buat mereka yang bercadang untuk membeli kereta baru dalam masa terdekat ini, Proton Saga 2016 baru mungkin boleh menjadi pilihan berbaloi anda. Setiap pembelian akan diberikan jaminan 3 tambah 2 tahun atau 150,000km.







Selasa, 11 Oktober 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN LIWAT 2 ANWAR



Semua mata kini tertumpu terhadap keputusan lima panel hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berhubung permohonan semakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat 2.

Ia adalah satu tahun lapan bulan sejak Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 68.
Jarang sekali berlaku apabila Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Hakim Arifin, yang menulis keputusan sebulat suara, telah terkhilaf dalam membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Jika panel baru hari ini memutuskan bahawa panel hakim terdahulu tersasar, ia boleh memerintahkan Anwar dibebaskan dan dengan itu membenarkan Ketua Umum PKR itu bertanding pada pilihan raya umum ke-14, yang dijangka diadakan pada tahun depan.

Atau ia juga boleh mengekalkan hukuman penjara lima tahun sedia ada kerana pihak pendakwaan tidak memfailkan semakan semula hukuman itu.

Anwar menegaskan bahawa pertuduhan liwat adalah satu konspirasi politik terhadapnya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau pada 9 Januari 2012.

Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan mensabitkan beliau bersalah pada 7 Mac 2013, sebelum Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk membolehkannya menjadi menteri besar Selangor.

Mahkamah Rayuan memutuskan dengan serta merta selepas hujahan daripada peguam pada malam penamaan calon Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar berkata penghakiman tergesa-gesa oleh Mahkamah Rayuan adalah untuk menghalangnya daripada bertanding pilihan raya kecil itu.

Keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan dikekalkan oleh Hakim Arifin pada 10 Februari 2015.

Malam tadi, keluarga Anwar mengadakan solat hajat di rumah keluarganya di Bukit Segambut. Turut hadir isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kawalan keselamatan di mahkamah diperketat dengan bilangan kerusi terhad di mahkamah disediakan, manakala di luar, penyokong Anwar dijangka berkumpul untuk memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang itu.

*** Malaysiakini membawa prosiding hari ini secara langsung.

Gegar Vanganza musim ke-3 bakal menyengat

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016).




Gegar Vaganza musim ketiga bakal menyaksikan 12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai RM100,000. Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran selama lapan minggu secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini. Dihoskan oleh Jihan Musa dan Nabil Ahmad. Dua juri tetap iaitu Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim. Format program juga masih dikekalkan yang mana para peserta akan dinilai sepenuhnya oleh juri profesional.

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KETIGA 2016:
1. Ameng (Spring)
2. Azharina
3. Elly Mazlein
4. Gmie (Screen)
5. Intan Sarafina
6. Nora
7. Razif Ismail
8. Rem
9. Shidee (Data)
10. Siti Sarah
11. Zarul (Umbrella)
12. Zur Eda

Gegar Vaganza 2016

Isnin, 10 Oktober 2016

KJ mahu polis ambil tindakan pada Baju Merah


Image result for khairy jamaluddin


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan Baju Merah yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH semalam.
Khairy turut meminta individu yang memimpin gerakan tersebut memberi nasihat kepada anggotanya supaya tidak melakukan kekasaran dan keganasan.
"Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.
"Saya tidak boleh terima dan saya harap mereka yang ada di belakang gerakan ini (Baju Merah dan BERSIH) dapat memberi nasihat kepada ahli mereka supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan," tegasnya seperti dilapor Astro Awani.
Mengecam perbuatan itu, Khairy berkata amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.
"Saya melihat video semalam, tindakan sekumpulan Baju Merah itu yang menyerang aktivis Bersih (dengan) menendang dan melakukan kekasaran fizikal. Ini kita tidak boleh terima. Siapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam.
"Untuk menunjukkan pendirian masing-masing, kita perlu terima dalam demokrasi. Namun, jangan sehingga mencetuskan tindakan ganas yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan terhadap individu-individu yang terlibat," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan Pertandingan Akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 di Subang hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan dua peserta BERSIH yang menunggang motosikal dibaling telur ayam ketika melintasi jalan masuk ke kawasan yang dipenuhi kumpulan Baju Merah di Sabak Bernam.
Seorang peserta Baju Merah kemudian menendang salah seorang daripada mereka sehingga menyebabkannya terbaring.
Penyokong BERSIH itu kemudian ditendang kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis meminta semua pihak bertenang.

Kredit Malaysia kini