Nuffnang

Isnin, 4 November 2013

PAS kekal DUN Sungai Limau, majoriti kurang


 
Yan: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam, tetapi dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Calonnya, Mohd Azam Abd Samat mendapat 12,069 undi dengan majoriti 1,084 undi, berkurangan 690 undi berbanding 2,774 undi diperoleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada PRU-13. Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula mendapat 10,985 undi.
Undi Mohd Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah yang diraih Azizan pada PRU-13, iaitu sebanyak 13,294. Keputusan PRK itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sungai Limau, Abdul Rashid Othman, jam 9 malam tadi di pusat penjumlahan undi di Dewan Lokman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan.


Pada PRU-13, Azizan menewaskan tiga pencabar termasuk sepupunya, Ir Mohd Fazillah Mohd Ali daripada BN. Dua lagi calon, Abdullah Hassim dan Sobri Ahmad, masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Seramai 23,249 pengundi atau 85.5 peratus daripada 27,222 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab mereka di 17 pusat mengundi. PRK DUN Sungai Limau diadakan susulan kematian Azizan akibat jangkitan diabetes dan komplikasi jantung pada 26 September lalu.

Walaupun dianggap kubu kuat PAS, keputusan pada PRK ini dianggap kritikal untuk memastikan kelangsungan populariti parti berkenaan di kerusi terbabit, terutama dengan penerimaan masyarakat setempat terhadap BN yang semakin meningkat.

Mohd Azam adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah Islamiah) Universiti Al-Azhar, Mesir dan sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Agama (SMA) An-Nahdzah, Bukit Besar. Beliau juga Ketua Pemuda PAS Jerai, EXCO Pemuda PAS Kedah dan Pengarah Jabatan PASTI Kedah.

SUMBER berita harian online

Ahad, 27 Oktober 2013

Ringkasan intipati kandungan Bajet 2014 belanjawan Malaysia



Secara keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan
bajet 2014 wallpaper ringkasan intipati kandungan bajet 2014 belanjawan
Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu
Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009
Klik pautan (link) http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf untuk membaca atau muat turun (download) teks penuh ucapan bajet tahun 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Intipati Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan
Kadar BR1M Dinaikkan
  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
  • Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
  • BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450
Subsidi Gula Dimansuhkan
  • Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis
  • Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013
Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,  kata Najib
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250
  • Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
  • Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250
    Akan dibayar pada awal Januari 2014
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan
Kadar Baucar Buku Dinaikkan
  • Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia
Kelajuan Internet Dinaik Taraf
  • Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp
  • Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb
Program Perumahan Rakyat
  • 223,000 unit rumah pada harga berpatutan
  • Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak
  • 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran
Kadar GST lebih rendah
  • Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada
Bantuan yuran taska RM250 sebulan
  • Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan
Penbangunan Sukan RM239 juta
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini
Program Pertanian
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil
infografik bajet 2014 ringkasan intipati kandungan bajet 2014 belanjawan


Ahad, 6 Oktober 2013

Untung atau rugi Membeli Proton Suprima S?

supsupProton Suprima S yang dilancarkan Sabtu lalu ternyata menjadi perbualan hangat banyak pihak. Ada yang memuji, ada yang mengkritik, ada yang membuat perbandingan dengan model lain dan pelbagai lagi reaksi diterima. Persoalannya, berbaloikah sekiranya anda membeli Proton Suprima S?
Model terbaru Proton ini termasuk di dalam segmen C. Di dalam ruangan komen artikel sebelum ini, ramai yang membuat perbandingan dengan Toyota Vios 2013 serba baharu yang merupakan kereta segmen B. Walaupun berbeza segmen, tidak salah rasanya membuat perbandingan antara dua kereta ini kerana harganya yang berada di dalam lingkungan serupa. Mari kita bandingkan.
vios1. HARGA
Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Toyota Vios 2013:-
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik)  – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Kesimpulan - Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium.
banding
2. REKAAN LUARAN
Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.  Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.
Toyota Vios 2013 - masih mengekalkan rekaan “dugong”, itulah antara komen yang kami terima. Secara jujur nampak seperti tiada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbarunya ini. Kemungkinan besar ini adalah kerana keyakinan Toyota untuk menjual produknya kepada rakyat Malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikuti perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.
Kesimpulan – Oleh kerana rekaan luaran adalah satu perkara subjektif, kami tidak dapat memberi kelebihan kepada salah satu model ini. Mungkin di mata kami nampak hodoh, tetapi di mata anda nampak cantik. Apa pun, jika kami disuruh membuat pilihan daripada segi luaran sahaja, kami akan memilih Toyota Vios 2013.

3. REKAAN DALAMAN

kchproton1708
Suprima S - secara jujur, rekaan dalaman model ini nampak tidak begitu menarik. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.
Toyota Vios 2013 - lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan Suprima S. Turut ditawarkan skrin sesentuh 5.8 inci secara pilihan, Bluetooth, kamera undur belakang dan pemain DVD.
Kesimpulan - daripada segi susun atur, ia dimenangi oleh Vios. Namun daripada segi nilai untuk wang, Suprima S memenanginya. Tiada bayaran tambahan atau caj dikenakan untuk mendapatkan rekaan dalam premium Suprima S jika dibandingkan dengan Vios.

4. KESELAMATAN
Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.
Toyota Vios 2013 - dua beg udara, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS) dengan EBS.
Kesimpulan - dimenangi sepenuhnya oleh Suprima S yang mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.
5. ENJIN
Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.
Toyota Vios 2013 - njin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.
Kesimpulan - kekecewaan pada Vios 2013 kerana tidak menggunakan enjin baru sebaliknya hanya guna semula enjin yang digunapakai di dalam model Vios sebelum ini. Kategori ini dimenangi oleh Suprima S.
6. PEMANDUAN
Suprima S - pihak promosi menyatakan pengalaman pemanduan adalah sama dengan memandu kereta Volkswagen. Namun kami masih di dalam proses untuk memandunya sendiri. Nantikan ulasan daripada kami.
Toyota Vios 2013 – umum mengetahui bahawa pemanduan kereta Toyota tidak pernah mengecewakan. Namun sehingga kami dapat memandu ujinya sendiri, tiada ulasan dapat diberikan.
Kesimpulan - tunggu ulasan pandu uji daripada kami.
7. NILAI JUAL BALIK
Suprima S - nilai jual balik model Proton tidaklah sehebat kereta-kereta syarikat Jepun. Namun ia masih mengatasi model syarikat Korea. Boleh dikatakan nilai jual balik Suprima S akan berada di tengah-tengah. Namun ia turut sama bergantung kepada jualan semasa dan permintaan ketika itu.
Toyota Vios 2013 - pastinya nilai jual balik Vios 2013 akan lebih tinggi daripada Suprima S. Entah mengapa rakyat Malaysia begitu sinonim dan gembira untuk membeli kereta Toyota walaupun spesifikasi yang diberikan agak tidak memuaskan hati. Mungkin kerana pengalaman pemanduan dan sejarahnya tersendiri.
Kesimpulan - Toyota Vios 2013 memenangi kategori ini.
8. KESELURUHAN
Jika ditanya pada kami, antara Toyota Vios 2013 dan Suprima S, memang agak sukar untuk membuat pilihan. Kemungkinan besar kami akan memilih Suprima S kerana tawaran jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer. Kami tidak pasti dengan tawaran yang bakal datang dengan Vios 2013, namun kami yakin ia tidak mampu menandingi tawaran Proton. Apa kata anda?

selendang yang paling digemari




Ini adalah antara selendang yang menjadi pilihan kebanyakan hijabister di negara kita. Banyak faktor yang membuatkan selendang ini menjadi pilihan antaranya ia selesa, cantik dan senang. Mari kita lihat antara selendang yang menjadi kegemaran para wanita di luar sana. 

selendang halfmoon plain manik tepi
Selendang Half Moon Chiffon Plain Manik Tepi

Ini adalah antara selendang yang menjadi kegemaran ramai. Selendang ini mempunyai warna yang ceria dan terang. Oleh kerana itulah selendang ini menjadi kegemaran ramai. Disamping itu juga selendang ini sangat ringan dan tidak menjadikan kita panas apabila memakainya.

selendang halfmoon sifon plain 2 layer

Selendang Half Moon Chiffon Plain 2 Layer

Selendang ini mempunyai 2 warna yang berbeza menjadikan ianya antara selendang yang paling digemari oleh para wanita. Ia menggunakan kain yang sangat lembut dan ia tidak terlalu tebal walaupun 2 layer.

selendang panjang satin corak pink

 Sabrina Selendang Panjang Satin Corak Pink

Selendang satin ini pula sangat selesa untuk dipakai walaupun dalam cuaca panas. Ianya sangat selesa dan saiznya tidak terlalu besar. Kain ini sangat selesa untuk kita pakai.

selendang panjang sifon plain double layer
Selendang Panjang Chiffon Plain Double Layer

Selendang ini agak panjang namun ianya selesa dan tidak panas. Ia diperbuat daripada sifon, oleh sebab itu ia tidak panas. Warna yang digunakan juga sangat manarik dan ianya sangat ringan. Juga sesuai jika dipakai untuk tempoh yang lama.

selendang panjang sifon double layer

Selendang Panjang Chiffon Double Layer

Sekali pandang sahaja kita sudah boleh melihat keunikan yang ada pada selendang ini. Ianya mempunyai 2 lapis yang berbeza. Lapis pertama mempunyai corak bunga manakala lapisan kedua mempunyai 1 warna sahaja. Kita boleh memakainya mengikut kesesuaian baju ataupun memakai 2 corak sekali gus seperti dalam gambar.

selendang panjang sifon plain

Selendang Panjang Chiffon Plain

Ini antara selendang yang paling digemari oleh kebanyakkan wanita di luar sana. Selendang ini sangat ringkas dan diperbuat daripada sifon menjadikan ianya selesa dipakai. Kita boleh juga memadankan selendang ini dengan anak tudung yang berwarna merah jika inginkan sedikit kelainan.

Ini adalah koleksi selendang yang paling digemari oleh kebanyakan wanita. Namun terdapat banyak lagi koleksi selendang yang akan terus menjadi kegemaran para wanita di luar sana.

Isnin, 30 September 2013

Gaya Rambut Yang Sesuai Dengan Bentuk wajah


Gaya Rambut Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka
Memang benar gaya rambut amatlah bergantung kepada bentuk muka seseorang.


Anda begitu meminati gaya rambut selebriti atau kawan dan anda ingin mencubanya sendiri. Anda tiba di salon dengan gambar rujukan tetapi malangnya, selepas mencuba gaya tersebut hasilnya amat mengecewakan. Aduhai...memang benar ada gaya rambut hanya sesuai bagi sesetengah orang... semuanya bergantung kepada bentuk muka anda.
Untuk bentuk muka bulat
Rambut untuk muka bulat
Ingin muka anda kelihatan lebih langsing? Cubalah potongan pendek paras di bawah dagu. Gaya ini dapat membuat muka kelihatan lebih kurus. Elakkan rambut kerinting dan gaya lain yang boleh menambah volum dan menjadikan muka lebih tembam. Sebaliknya, gayakan rambut lurus dan licin dengan penuh keyakinan! Jika anda ingin mengikat rambut, apa kata anda cuba gaya ekor kuda rendah, dekat dengan tengkuk leher. Gayakan ekor kuda tinggi dekat dengan pipi dan telinga dan muka anda mungkin akan kelihatan lebih luas.
Gaya anda? Gaya rambut Bob paras dagu. Pilih gaya Bob potongan berlapis untuk efek volum dan lebih pergerakan rambut.
Untuk bentuk muka petak (segi-empat)
Rambut untuk muka petak (segi-empat)
Jika anda mempunyai muka berpetak...bentuk dahi dan tulang pipi memang lebih jelas. Jadi, usahlah menambah lebih garisan apabila memilih gaya rambut. Contohnya, lebih baik elakkan dari gaya fringe lurus. Pilihlah potongan rambut yang lebih lembut, seperti potongan berlapis, fringe, panjang rambut dan volum yang tidak terlalu lurus.
Gaya anda? Rambut yang terurai di bahagian bahu dapat menambah kelembutan dan kejelitaan feminin di wajah anda.
Anda mempunyai muka bentuk hati
Rambut untuk muka berbentuk hati
Jika dahi anda luas dan dagu runcing, maksudnya anda mempunyai bentuk muka hati. Pilihlah fringe yang jatuh di bahagian kening, anda mungkin boleh cuba fringe serong. Gaya ini dapat menonjolkan kecantikan mata. Dahi anda akan kelihatan lebih sempit dan wajah anda lebih seimbang.
Satu lagi tip berguna: berikan lebih volum di hujung rambut (gulung dengan pemberus rambut semasa mengeringkan rambut) supaya bahagian bawah wajah anda kelihatan lebih luas.
Gaya anda? Gaya rambut Bob paras dagu...dan, dalam apa jua gaya, pastikan ada fringe.
Untuk bentuk muka panjang
Rambut untuk muka panjang
Pilihlah fringe yang jatuh di bahagian kening. Apabila dahi anda dibingkai dengan rambut, wajah anda akan kelihatan lebih pendek. Untuk mencapai keseimbangan yang lebih baik, pilihlah potongan rambut yang menjadikan muka kelihatan lebih luas pada bahagian bawah. Satu potongan paras dagu atau potongan berlapis amat sesuai! Elakkan dari memberi terlebih banyak volum di bahagian atas kerana ia hanya akan membuat muka anda kelihatan lebih panjang.
Gaya anda? Potongan bob dengan fringe atau rambut sederhana panjang dengan potongan berlapis dekat dengan bahagian dagu.
Untuk bentuk muka bujur
Rambut untuk muka berbentuk bujur
Tahniah, anda amat beruntung kerana memiliki bentuk muka bujur! Anda sesuai dengan gaya rambut pendek, panjang, lurus ataupun kerinting. Pendek kata, semua gaya pun amat sesuai dengan anda! Ingin menonjolkan kecantikan wajah? Anda boleh mencuba gaya fringe dan semua gaya Bob, sama ada paras dagu ataupun paras bahu. Selain itu, anda juga boleh mencuba rambut panjang, dan ingat, belahan tengah paling sesuai untuk bentuk muka bujur.
Gaya anda? Kebanyakan gaya rambut sesuai dengan bentuk muka anda, tetapi, pastikan tekstur rambut anda bersesuaian dengan gaya rambut yang dipilih. Minta nasihat dari juru gaya rambut anda.

KL Zombie Fullmovie 2013


KL zombie ini mengisahkan 5 sahabat iaitu Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Alif yang sedang bergembira pada malam sambutan tahun baru di Lembah Klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombie itu bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada mereka, malah turut merebak dari punca yang tidak diketahui hingga ke Serawak dan seluruh Malaysia.


KL Zombie Fullmovie 2013

Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya.

Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.

KL Zombie Fullmovie 2013 nak tengok klik kat bawah

http://www.youtube.com/watch?v=rYbVg8nPeI8


Filem ini dikreditkan daripada http://www.xesiontube.net/


Ahad, 29 September 2013

Bahasa Kisah gaduh bini Mat Yo dan pengawal keselamatan jadi topik hangat di laman sosial

Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara,  Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih popular dipanggil Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mencetuskan topik hangat di kalangan pengguna internet sejak beberapa hari lalu.
Kebanyakannya mengutuk perbuatan isteri pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dikenali sebagai Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook "Kami Benci Bini Mat Yo" sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan itu.
Masyarakat internet (netizen) menyifatkan perbuatan itu kurang ajar dan dilakukan oleh orang yang lupa diri (merujuk kepada Shahrul Aishah).
Kejadian itu turut mendapat perhatian Imam Muda musim ketiga, Fakhrulrazi Ibrahim atau Arazzi apabila turut memberi komen berhubung perkara tersebut.
"Bila kita jadi ahli keluarga artis, janganlah berlagak, bila kita jadi adik beradik kepada selebriti, janganlah sombong, bila kita jadi isteri kepada pemain bola sepak yang masyhur pun, janganlah bercakap angkuh hingga menghina orang lain.
"Kita mengata orang bodoh. Apa sudah benar-benar pandaikah kita bila akhlak dan salakan mulut kita mengalahkan kita mengata orang dayus. Apa sudah benar-benar jantankah suami kita yang hanya melihat kita memaki hamun, diam seribu bahasa, tergamam, malah berkasar dengan orang lebih berumur ,"katanya dipetik melalui laman Facebook.
Sebelum ini, kekecohan timbul apabila Shahrul Aishah memuat naik rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan pergaduhan mulut antara dia dan pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, 49, yang dirakamkannya sendiri.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 12 September, jam 11.42 pagi ketika pengawal keselamatan itu sedang bertugas mengawasi lalu lintas di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Azman mendakwa, pasangan suami isteri itu yang membawa kereta jenis Mini Cooper berwarna putih meletakkan kereta di tempat menunggu.
Katanya, beliau kemudiannya mengarahkan pasangan itu mengalih kereta, namun Mat Yo meminta kebenaran untuk berhenti seketika dengan alasan mahu membeli tiket.
Bagaimanapun, katanya, selepas hampir 10 minit, kenderaan yang dipandu Mat Yo tidak beredar menyebabkan Azman meminta pasangan itu beredar dan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam.
“Saya minta mereka beredar ke tempat letak kenderaan awam jika mahu berhenti lebih lama supaya tidak mengganggu lalu lintas.
“Tindakan saya mengundang rasa tidak puas hati wanita itu (isteri Mat Yo) yang mempertikaikan tindakan saya, selain mendakwa mereka kerabat diraja dan suaminya bekerja dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ).
“Selepas berulang kali meminta mereka beredar, wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi dengan mengatakan saya bodoh dan dayus, selain merakam (menggunakan telefon) dari dalam keretanya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis berikutan kejadian itu.
Sebelum ini, isteri bekas penyerang pasukan Kelantan itu pernah menimbulknan kontroversi apabila menggelar Presiden Bolasepak Kelantan(KAFA), Tan Sri Annuar Musa anjing.
Dia dikatakan menulis komen itu melalui laman Facebooknya dipercayai berkaitan dengan isu perpindahan pemain itu menyertai pasukan Johor Darul

Filem KL Gangster 2 Sudah Boleh Download Percuma

PANAS !! Filem KL Gangster 2 Sudah Boleh Download Percuma Walaupun Belum Ditayangkan Di Pawagam

Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam.

Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi. KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.

Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;-OHARTIS.COM