Nuffnang

Isnin, 30 September 2013

Gaya Rambut Yang Sesuai Dengan Bentuk wajah


Gaya Rambut Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka
Memang benar gaya rambut amatlah bergantung kepada bentuk muka seseorang.


Anda begitu meminati gaya rambut selebriti atau kawan dan anda ingin mencubanya sendiri. Anda tiba di salon dengan gambar rujukan tetapi malangnya, selepas mencuba gaya tersebut hasilnya amat mengecewakan. Aduhai...memang benar ada gaya rambut hanya sesuai bagi sesetengah orang... semuanya bergantung kepada bentuk muka anda.
Untuk bentuk muka bulat
Rambut untuk muka bulat
Ingin muka anda kelihatan lebih langsing? Cubalah potongan pendek paras di bawah dagu. Gaya ini dapat membuat muka kelihatan lebih kurus. Elakkan rambut kerinting dan gaya lain yang boleh menambah volum dan menjadikan muka lebih tembam. Sebaliknya, gayakan rambut lurus dan licin dengan penuh keyakinan! Jika anda ingin mengikat rambut, apa kata anda cuba gaya ekor kuda rendah, dekat dengan tengkuk leher. Gayakan ekor kuda tinggi dekat dengan pipi dan telinga dan muka anda mungkin akan kelihatan lebih luas.
Gaya anda? Gaya rambut Bob paras dagu. Pilih gaya Bob potongan berlapis untuk efek volum dan lebih pergerakan rambut.
Untuk bentuk muka petak (segi-empat)
Rambut untuk muka petak (segi-empat)
Jika anda mempunyai muka berpetak...bentuk dahi dan tulang pipi memang lebih jelas. Jadi, usahlah menambah lebih garisan apabila memilih gaya rambut. Contohnya, lebih baik elakkan dari gaya fringe lurus. Pilihlah potongan rambut yang lebih lembut, seperti potongan berlapis, fringe, panjang rambut dan volum yang tidak terlalu lurus.
Gaya anda? Rambut yang terurai di bahagian bahu dapat menambah kelembutan dan kejelitaan feminin di wajah anda.
Anda mempunyai muka bentuk hati
Rambut untuk muka berbentuk hati
Jika dahi anda luas dan dagu runcing, maksudnya anda mempunyai bentuk muka hati. Pilihlah fringe yang jatuh di bahagian kening, anda mungkin boleh cuba fringe serong. Gaya ini dapat menonjolkan kecantikan mata. Dahi anda akan kelihatan lebih sempit dan wajah anda lebih seimbang.
Satu lagi tip berguna: berikan lebih volum di hujung rambut (gulung dengan pemberus rambut semasa mengeringkan rambut) supaya bahagian bawah wajah anda kelihatan lebih luas.
Gaya anda? Gaya rambut Bob paras dagu...dan, dalam apa jua gaya, pastikan ada fringe.
Untuk bentuk muka panjang
Rambut untuk muka panjang
Pilihlah fringe yang jatuh di bahagian kening. Apabila dahi anda dibingkai dengan rambut, wajah anda akan kelihatan lebih pendek. Untuk mencapai keseimbangan yang lebih baik, pilihlah potongan rambut yang menjadikan muka kelihatan lebih luas pada bahagian bawah. Satu potongan paras dagu atau potongan berlapis amat sesuai! Elakkan dari memberi terlebih banyak volum di bahagian atas kerana ia hanya akan membuat muka anda kelihatan lebih panjang.
Gaya anda? Potongan bob dengan fringe atau rambut sederhana panjang dengan potongan berlapis dekat dengan bahagian dagu.
Untuk bentuk muka bujur
Rambut untuk muka berbentuk bujur
Tahniah, anda amat beruntung kerana memiliki bentuk muka bujur! Anda sesuai dengan gaya rambut pendek, panjang, lurus ataupun kerinting. Pendek kata, semua gaya pun amat sesuai dengan anda! Ingin menonjolkan kecantikan wajah? Anda boleh mencuba gaya fringe dan semua gaya Bob, sama ada paras dagu ataupun paras bahu. Selain itu, anda juga boleh mencuba rambut panjang, dan ingat, belahan tengah paling sesuai untuk bentuk muka bujur.
Gaya anda? Kebanyakan gaya rambut sesuai dengan bentuk muka anda, tetapi, pastikan tekstur rambut anda bersesuaian dengan gaya rambut yang dipilih. Minta nasihat dari juru gaya rambut anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan