Gegar Vaganza bagi musim yang keenam bermula 13 Oktober 2019 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9:00 malam yang menampilkan 13 peserta daripada Malaysia dan Singapura. Pada musim ini, penaja utama bagi Gegar Vaganza 6 adalah Farm Fresh dan penaja bersama adalah Digi, Adabi (PowerCat), Uphamol dan Cuckoo. Penyanyi lagenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang kembali sebagai juri tetap bersama Dato' Ramli MS. Pengacara bagi musim ini masih lagi mengekalkan duo pelawak terkemuka iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Dua anugerah khas akan diumumkan setiap minggu iaitu Artis Cili Padi Paling Power dan Bintang Cuckoo Paling Gempak. Artis Cili Padi Paling Power dipilih oleh para juri berdasarkan persembahan peserta di setiap konsert dan diumumkan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi pada akhir rancangan. Manakala kategori Bintang Cuckoo Paling Gempak akan diundi oleh peminat - peminat para peserta melalui undian online di laman web Astro Gempak. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan pada konsert minggu berikutnya.
Suku Akhir sekali lagi selepas minggu Reset. Makin tak tenang bintang GV bila menjelang Final ni. Siapa yang akan ke Separuh Akhir? Minggu lepas, Roy telah tersingkir. Minggu ini siapa pula ya?? Tinggal 8 peserta yang masih berjuang dalam pentas Gegar vaganza minggu ke 9.
Kehangatan program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) diteruskan untuk minggu kesembilan. Suku akhir kali ini.
8 Peserta yang masih berjuang.
Persaingan membabitkan deretan lapan penyanyi berpengalaman yang masih kekal iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.
Sementara itu, pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang kekal memegang peranan di kerusi juri tetap, bersama juri undangan mingguan.

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 9 (SUKU AKHIR)
- Naqiu Boboy - Tinting (Noraniza Idris)
- Hady Mirza - Taman Rashidah Utama (Wings)
- Jatt - Mimpi Laila (Yasin)
- Wann - Hitam Putih Kehidupan (Sheila Majid)
- Nurfatima - Jangan Lafazkan (KRU)
- Sham Visa - Dari Sinar Mata (BumiPutra Rockers)
- One Nation Emcees - Hati Emas (Kembara)
- Noorshila Amin - Ahai Usahlah (Noorshila Amin)
Konsert GV6 yang ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dimeriahkan dengan aksi gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam, selain boleh distrim di medium digital, Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi GV2019.
Gegar Vaganza 6 minggu 9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan