Fast And Furious 7 Pecah Rekod Kutipan Tiket. Siapa yang tidak tahu akan filem aksi kereta Fast & Furious.
Bagi peminat filem aksi perlumbaan kereta, filem ini wajib tonton bagi
mereka. Kalau tidak manakan mungkin filem ini mampu mencatat kutipan
tiket tertinggi di Malaysia.
Mengikut laporan yang dipetik melalui portal Media Hiburan, Fast & Furious 7
mencatat rekod baru dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya
mencatat kutipan lebih daripada RM27 juta dalam tempoh empat hari
pembukaannya dari 2 hingga 5 April 2015. Kutipan ini berjaya memecahkan
rekod lama yang dipegang oleh filem Transformers: Age of Extinction’
yang mengaut RM21.38 juta ketika memulakan tayangan pada 26 Jun 2014.
Fast & Furious 7 turut mengatasi filem popular lain seperti Avatar RM26.9 juta, X-Men: Days of Future Past RM21.3 juta, dan G.I. Joe Retaliation RM22.7 juta bagi rekod kutipan di Malaysia.
Filem ini dibarisi ramai pelakon hebat seperti Paul Walker, Michelle
Rodriguez, Vin Diesel, Jordana Brewster, Lucas Black, Dwayne Johnson,
Jason Statham, Tyrese Gibson, Ludacris sememangnya hebat dan menarik
untuk ditonton.
Sinosis Fast And Furious 7
Selepas berjaya mengalahkan Owen Shaw dan ahli kumpulannya dalam sequeal
filem Fast & Furious 6, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan kru
yang lain dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan
biasa semula seperti mana yang mereka idamkan. Namun kehidupan seperti
orang biasa mereka tidak lama. Mereka telah diancam oleh abang Owen
iaitu Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih
(Special Forces) yang telah bersumpah untuk menuntut bela atas kejadian
yang telah menimpa adiknya.
Satu persatu ahli kumpulan Toretto ingin diburunya. Han, yg berada di
Jepun telah berjaya dibunuh untuk memberi mesej kepada Toretto dan
kumpulannya. Luke Hobbs, ejen benteras jenayah kerajaan berjaya
dicederakan. Rumah Toretto dimusnahkan dengan bahan letupan.
Jadi untuk mengelakkan mereka terus diburu, Toretto dan kru yang lain
telah bersatu kembali untuk memburu Deckhard Shaw. Dibantu pula oleh
Frank Petty, ejen perisikan kerajaan, mereka kemudiannya menjejaki
seorang ejen perisikan yang cukup hebat dan terlatih. Deckard Shaw
memang sukar untuk dikesan tempat persembunyiannya. Kepakarannya memang
sukar ditandingi. Hanya satu alat yang boleh mengesan dengan tepat
persembunyiannya iaitu the the God’s Eye. Alat pencarian istimewa ini
dicipta oleh Megan Ramsey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan